“Saya Janji Akan Jaga Anak Kita” Iqbal Janji Kat DSV, Tak Sangka Ini Pula Reaksi Cik B

Pemilik nama Datuk Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza binti Othman sering menjadi perhatian para netizen.

Gosip hangat tentang usahawan kosmetik ini dengan bekas pembantu peribadinya iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli sekali lagi mendapat perhatian warga netizen di media sosial lagi-lagi di aplikasi Instagram.

Sebelum ini, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida telah mendedahkan bakal mendirikan rumah tangga bersama bekas pembantu peribadinya iaitu Iqbal Zulkefli.

Pendedahan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Namunpun begitu, dia masih tidak ‘berani’ untuk memaklumkan perkara tersebut kepada anak perempuannya iaitu lebih mesra dikenali sebagai Cik B.

Bagaimanapun, Cik B tampil memberi respon sarkastik dengan menulis di Twitter dengan kapsyen ‘pura-pura terkejut dan tidak tahu’ mengenai berita tersebut.

Cik B tak setuju Vida kahwin..

Mengulas lanjut, Cik B turut mengakui tidak bersetuju dengan keputusan Vida untuk mendirikan rumah tangga selain niatnya yang ingin memiliki anak lagi.

Jelas Cik B, salah satu faktor dia tidak merestui perkahwinan tersebut kerana jarak usia antara ibunya dengan Iqbal sangat jauh berbeza.

“Saya deep down saya sangat kurang setuju. Ye lah, mama umurnya pun dah tua, abang Iqbal baru umur 25.

“Macam mana abang Iqbal ni umur 25 ni suka orang tua. Mesti ada sebab tau. Macam saya memang sangat tak setuju mama dia nak anak lagi.

“Cukup lah saya dengan Kacak sahaja. Mama ni bila dia bercinta, dia macam cinta buta.”

“Ya betul disebabkan faktor usia saya tidak merestui. Dan kalau mama dijodohkan dengan orang yang tua, sepadan umur, tak kisah what gonna be happen sebab mama tak suka orang tua. Mama memang suka orang muda juga.”

Dalam masa yang sama, Cik B turut memaklumkan dia sering kali berselisihan faham dengan Iqbal dan tidak mempunyai hubungan yang baik.

“Saya dengan abang Iqbal ni memang tak ngam. Saya selalu gaduh dengan dia. Gaduh tu bukan gaduh biasa biasa.

“Saya gaduh dengan dia memang luar biasa. Hubungan kami memang sangat renggang. Saya tak nak komen banyak, sebab banyak saya nak cakap tapi saya biarlah pada diri saya sendiri.”

Ingatkan Marketing.. cukup lah dah ada 5 ayah

“Sebenarnya saya ingatkan marketing tapi nampak macam betul betul pulak. Ya Allah takutnya tapi harap-harapnya memang marketing lah.

“Saya pun macam tak nak lah ada ayah baru. Saya pun dah cukup dah ada 5 ayah.”

“Kalau jodoh mama dengan abang Iqbal saya harapkan mama happy, ikutlah mama nak buat apa. Saya memang taknak mama kahwin dengan abang Iqbal.”Walaubagaimana pun, Cik B sempat memberi pesanan kepada mamanya agar berfikir jauh dan dapat menilai niat sebenar seseorang yang mendekatinya sama ada datang dalam hidup Vida untuk mencintai ataupun sebaliknya.

Sudah tentu sebagai anak, Cik B mahukan yang terbaik buat Vida.

Baru-baru ini, Vida juga memohon agar orang ramai mendoakan supaya Cik B dilembutkan hati menerima keputusannya untuk berkahwin.

“Cik B perlukan masa, you guys boleh tolong tak, minta tolong doa. Doakan Cik B lembut hati.”

“Doa saya ni ibu memang la, insya-Allah makbul tapi nak makbul cepat supaya lembut hati Cik B dalam semua urusan.”

“Termasuklah menjadi anak yang soleh, hebat, rajin bisnes, cantik, kurus dan berdikari.”

“Iqbal ni baru umur 25, macam mana dia boleh suka orang tua. Mesti ada sebab.Saya tak setuju jika mama nak ada anak lagi, cukup la ada saya dan kacak”

Video temubual Cik B

Sementara itu pelantun lagu I Am Me itu turut meluahkan rasa sayang tak terhingga terhadap CIk B atupun nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin.

“I love you so much Cik B. I care about you.. I never want put you down. I never leave you alone.”

“Saya Janji Akan Jaga Anak Kita..Cik B.. Kacak..” -Iqbal Kongsi Video Detik Sebelum Ke Alam Perkahwinan

Bakal mendirikan rumah tangga Disember ini, bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal meminta jutawan kosmetik itu berterus terang dengan anak-anak mengenai perkara itu.

Pemuda berusia 27 tahun itu berkata, dia bimbang seandainya Vida merahsiakan perkara itu boleh menggangu emosi kedua anak-anaknya iaitu Cik B dan Kacak.

“DSV kena terus terang tentang hubungan kita ini, dari awal saya minta dia jujur cerita dekat keluarga sebab saya dah main perasan dan dia juga kena main peranan sebagai ibu.

“Sejak dulu lagi DSV tak terbuka berkongsi dengan anak-anak mengenai hubungan kami. Sepatutnya jujur sahaja dengan Cik B tak perlulah sampai kantoi mesej sayang-sayang dulu.

“Saya kasihankan Cik B. Saya faham dia dalam dilema kerana perlukan perhatian ibu kerana pernah melalui sejarah masakecil berbeza dengan remaja lain sebab itu saya kena fikir perasaan dia juga,” katanya.

Iqbal berkata dia mempunyai hubungan baik dengan kedua anak Vida dan sering bertanya khabar. Namun, sejak kebelakangan ini Cik B berubah sikap dan kurang bercakap sejak gosip ibunya tular.

“Saya dengan Cik B memang baik, tiada sebarang masalah sejak dulu lagi cuma sejak kebelakangan ini dia banyak mendiamkan diri.

“Kalau dulu timbul gosip tentang saya dan ibunya, dia akan marah tapi kali ini dia diam sahaja. Bila dia terlalu diam pun saya takut juga.

“Sebelum ini saya ada mesej dia tapi tak berbalas. Saya dah bincang dengan Vida katanya dia perlukan sedikit masa. Sejujurnya ini salah satu perkara yang saya risau, penerimaan anak-anak terhadap saya,” katanya.

Mengulas mengenai majlis perkahwinan, Iqbal berkata mereka akan berkongsikan lebih lanjut tidak lama lagi. Ujarnya mereka sudah ada beberapa tarikh, lokasi dan tema perkahwinan.

ULANG TAHUN 27 BERSEJARAH – Detik Sebelum ke Alam Perkahwinan @datoserivida

12 September 2021 genap usia saya 27 tahun. Saya hanya harapkan doa dari kalian semua agar segalanya terjadi dengan baik. Saya akan berkahwin dan menggalas tanggungjawab, amanah yang sangat besar.

Terima kasih kalian semua yang sudi mendoakan saya. Terima kasih semua yang pernah berbuat baik kepada saya. Terima kasih staf-staf Dato Seri Vida mempertemukan kami semalam.

Iqbal terharu DSV buat surprise hari jadi ke-27…detik sebelum ke alam perkahwinan

Sebelum menjelang detik perkahwinan, Iqbal tidak sangka sama sekali menerima kejutan sambutan istimewa sempena ulang tahun kelahiran ke-27 yang jatuh harini. Sebaik pelitup mata dibuka, reaksinya terkejut serta blushing apabila melihat DSV bersama beberapa hadiah berada di depan mata. Sambil menatap bakal ‘makmumnya’, Iqbal turut mengucapkan tanda penghargaan atas surprise bermakna tersebut.

Saya janji akan jaga anak kita…Datuk Seri banyak mengalah & mematangkan saya

Susulan tweet tempoh hari, Iqbal terus bertanyakan bagaimana keadaannya kerana risau dengan Cik B. Paling sweet, dia juga meluahkan janji bakal menjaga kedua-dua bakal anak tirinya dengan penuh kasih sayang sehingga berjaya dewasa kelak. Tak cukup dengan itu, DSV turut disifatkan sebagai wanita yang paling banyak mengalah serta mematangkan dirinya sejak dahulu lagi.

VIDEO:

 

KOMEN NETIZEN:

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.