Memang Special Sangat Hadiah Dari Ibu” Shuib akhirnya ded4h muka Ayash Affan ikut sape

Selepas lebih sebulan menanti, pelawak popular Shuib memaklumkan akan melawat anak bongsunya, Ayash Affan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Menerusi satu perkongsian di Insta story, Shuib meluahkan rasa syukur tidak terhingga dapat meluangkan masa 3 jam bersama anaknya itu.

Menurut Shuib anaknya itu berada dalam keadaan sihat dan berat sudah mencecah 2.6kg serta kuat menyusu. Katanya lagi, anak itu sama seperti wajahnya.

Ayash Affan Ikut Wajah Shuib

“Syukur Ayash sihat, berat dah 2.6kg, menyvsu kuat dan comel sangat-sangat. Muka macam daddy la ibu. Memang special sangat hadiah dari ibu,” katanya.

Lebih seb4k, Shuib mengatakan ianya hadiah sangat istimewa daripada arwah isterinya dan berharap Siti Sarah ada bersamanya dan anak mereka.

Terdahulu, Shuib berkongsikan Ayash sudah dikeluarkan dari inkubator dan sudah menunjukkan perkembangan yang sangat baik serta sudah mula minum susu ibu daripada sepupunya.

Terdahulu Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib sudah dibenarkan berjumpa dengan anakanda bongsunya, Ayash Affan, hari ini, yang masih berada di hospital susulan kelahiran pra-mat4ng sebelum ini.

Menurut Shuib, dia menitipkan rasa gembira apabila akan dapat bertemu dan menyentuh bayinya itu buat pertama kalinya.

Sehubungan itu, dia juga memberitahu akan menjaga anak-anaknya dengan didikan agama yang sempurna seperti mana Allahya4rham isterinya, Siti Sarah Raissuddin harapkan.

“Alhamdulillah hari ini jumpa Ayash Affan. Masih ingat lagi ibu selalu cakap perkara yang sama berulang kali, ‘baby yang ke-4 ini awak jaga dia tau, jaga tau, awak jaga okey.

“InsyaAllah sayang, saya akan menjaga dia macam mana saya jaga awak sampailah dia menjadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan awak dunia dan akhirat.

“Anak yang selalu dekat dengan Allah, cuma saya mohon awak doakan saya. Perjalanan saya masih jauh, doakan saya selalu kuat. Saya sayang awak,” coretnya di Instagram.

Semalam, Shuib memaklumkan dia akan berjumpa dengan cahaya mata yang keempatnya itu di hospital sementelah beberapa minggu ditahan ke wad kerana kelahiran pra-m4tang.

Terdahulu, Ayash yang lahir pra-mat4ng pada 6 Ogos lalu sudah dikeluarkan daripada inkub4tor di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras, Kuala Lumpur.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: http://trendingsangat.pw

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.