“Mahu Ia Meningglkan Sejarah Kepada Seluruh Dunia Bahawa Cinta Sejati Itu Wujud”- Vida Kngsi Impian Perkahwinan Bersama Iqbal

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida, 49, mengesahkan beliau dan Iqbal Zulkefli, 27, bakal melangsungkan pernikahan sekitar bulan Disember ini.

Pun begitu, Vida memberitahu akan ada acara merisik atau bertunang sebelum mereka disatukan dengan ikatan yang sah.

“Saya akan umumkan tarikhnya nanti tapi yang pasti dalam bulan Disember ini.

“Pun begitu kami tidak akan terus nikah dan saya masih mahu mengikut adat. Perlu lah didahului dengan merisik atau bertunang terlebih dahulu.

“Lagipun ini perkahwinan pertama dan terakhir Iqbal biarlah dia merasai semua itu,” katanya kepada Gempak ketika dihubungi.

Bercerita lanjut mengenai impian perkahwinannya, Vida memberitahu beliau akan memastikan ia satu majlis gilang gemilang yang menjadi lambang sejati cinta mereka berdua.

“Kami impikan perkahwinan yang gilang gemilang seperti wedding of the year. Saya masih tak tahu lagi nak gambarkannya macam mana.

“Apa yang penting perkahwinan itu nanti akan meninggalkan sejarah kepada seluruh dunia bahawa cinta sejati itu wujud…Dia datang cepat atau lambat… tapi dia datang bila kita perlukan.

“Tentang konsep itu kami sudah ada beberapa senarai wedding planner. Tidak lama lagi kami akan lihat dan dengar dulu idea apa yang mereka nak propose pada kita,” kongsinya.

Menjelang beberapa bulan hari perkahwinannya, Vida memberitahu Iqbal yang juga merupakan bekas pembantu peribadinya mempunyai ciri-ciri yang berjaya membuka hatinya untuk berumah tangga sekali lagi.

“Dia seorang yang ikhlas, bertanggungjawab dan sentiasa ada bersama saya dalam susah dan senang.

“Sejak dia bekerja dengan saya pada tahun 2016 hingga lah sekarang meskipun sudah berjaya dengan perniagaan sendiri dia masih mengambil berat tentang diri saya dan ada bersama saya,” ceritanya lagi.

Sejak beberapa minggu lalu, nama pasangan ini menjadi sebutan warganet tentang kisah cinta mereka yang dilihat terlalu terbuka mendedahkan setiap inchi hubungan yang terjalin.

Namun terbaharu, impian mereka untuk berumah tangga telah tidak direstui oleh anak sulung Vida, Cik B yang akui sukar untuk menerima bakal bapa tirinya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.