“Apa Yang Dia Buat, Memang Meny4kitkan”- Puteri Balqis Mengaku Hidup Lebih Baik Tanpa Ayah?

Baru-baru ini, pelakon popular Balqis atau lebih mesra dengan nama Aqish ini mengakui hidupnya lebih baik sekarang tanpa kehadiran seorang ayah sejak berumur 10 tahun. Aqish juga merasakan hidupnya sudah cukup lengkap sekarang ini walaupun hanya tinggal bersama ibunya.

Balqis ditemubual oleh Gempak pada majlis sidang media pelancaran filem ser4m lakonannya iaitu Rumah.

Menurut Aqish, ayahnya sudah lama tidak berhubung dengannya dan dia merasakan dia lebih kuat menjalani hidup ini tanpa kehadiran ayahnya. Aqish juga mengaku bahawa dia mengalami tekanan yang hebat apabila ayahnya ada bersama ketika dia masih kecil.

“Kali terakhir saya berhubung dengan ayah kira-kira umur 10 tahun. Apa yang dia telah buat, amat menyakitkan. Jadi saya nak jauhkan diri. Apabila saya cuba menghubungi dia, jelas kelihatan kasih sayang sudah tiada. Sekarang ibulah yang jadi ayah. Dia ibu dia jugalah ayah. Hidup saya lengkap, tak rasa kehilangan langsung,” kata Aqish.

Ujar Aqish, kini dia cuma hanya ada ibunya dan pengurus (Fariz) dalam hidupnya. Walaupun hidupnya cukup sederhana, dia berasa amat gembira kerana ibunya masih berada di sisinya.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber : CARI