Did4kwa Dah Jadi Isteri VVIP, Sekali Erra Fazira Buka Mulut, Cerita Perkara Sebenar

Sudah terlalu kerap bintang jolokan Primadona Filem Melayu, Erra Fazira, 48, ‘dijodohkan’ dengan lelaki pelbagai usia dan status sejak bergelar ‘j4nda hots’ lapan tahun lalu.

Namun, satu demi satu gosip yang menerpa hidupnya hilang dibawa angin lalu apabila Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek menafikan kebenarannya.

Meskipun sudah penat menafikan ataupun melafazkan janji tidak berahsia jika kembali bergelar isteri, namun, dakw4an berkahwin secara rahsia dengan lelaki berstatus kenamaan terus bertiup kencang.

Bertemu Erra yang kini membintangi filem Rumah itu sekali lagi menegaskan, beritanya berkahwin dengan seorang VVIP berstatus menteri tidak benar sama sekali. Hingga saat ini, statusnya masih single.

“Saya masih ibu tunggal yang kini membesarkan seorang anak perempuan. Tanggungjawab cukup besar kerana saya mahu mendidik Engku Aleesya Engku Emran menjadi anak yang sempurna dan diberikan memberi bekalan secukupnya menghadapi masa depan.

“Sehingga saat ditemubual ini, saya masih menggalas gelaran ibu tunggal. Sebagai selebriti, saya anggap apa yang berlaku adalah asam garam dalam kehidupan.

“Sepanjang menceburkan diri dalam bidang seni, saya sudah banyak kali dijodohkan dengan pelbagai jenis lelaki. Jadi, tiada apa yang perlu dibimbangkan apabila dakwaan ini timbul,” katanya kepada BH Online.

Mengulas kenapa bila sebut nama Erra Fazira, pasti dikaitkan dengan golongan VVIP, bintang filem Sembilu dan Soal Hati itu berkata, sebelum ini, dia pernah dikaitkan dengan lelaki muda, tetapi ada juga mempersoalkan hubungan mereka.

“Apabila did4kwa mempunyai hubungan lelaki berpangkat, tetap juga menjadi bahan perdeb4tan.

“Pada usia sekarang sekiranya bertemu jodoh, saya hanya mengikut aturan yang ditetapkan Allah.

“Tiada lagi ciri-ciri lelaki idaman seperti sebelum ini. Saya serahkan segala-galanya kepada Yang Maha Esa,” katanya.

Dijolok tuduhan mendapatkan nasihat pelakon dan produser, Datuk Ziela Jalil sebagai rujukan untuk hidup bermadu, Erra hanya ketawa.

“Saya sudah agak pasti ramai yang ingat saya adalah artis dimaksudkan (ketawa). Saya ada membaca cerita ini, tak dinafikan ramai juga bertanya.

“Namun, bukan saya artis yang mendapat nasihat Ziela pasal hidup berm4du ini. Saya pun sudah lama tidak bertemu dengan Ziela,” katanya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakw4an kononnya bernikah dengan Erra pada Oktober, tahun lalu.

Erra pernah dua kali mengalami kegagal4n rumah tangga. Pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan ahli kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercer4i pada 2006.

Setahun kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya. Ikatan perkahwinan Erra dan Emran terlerai selepas tujuh tahun tahun mendirikan rumah tangga.

Sumber : Berita Harian

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://sinetronmalaya.com/