KFC kena ‘ser4ng’ lagi! Pelanggan beng4ng staf tulis nota… pandai-pandai ganti menu habis stok, tak update aplikasi

INSID3N pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati kepada restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) bukanlah perkara baharu.

Jika Februari lalu seorang pelanggan ‘mengamvk’ kerana burger yang dibelinya hanya diisi sedikit mayonis dan daun salad, kali ini restoran tersebut ‘diser4ng’ kerana menghantar menu lain sebagai ganti kepada menu yang sudah kehabisan stok.

“Dear @KFCmalaysia. Kalau semua benda dah habis, tak payah jual! Kentang dan wedges katanya dekat seluruh Malaysia dah takde stock. Tiga kali order benda sama tapi dapat Sesame Ball, apa j***h. Hari tu order ayam, dibaginya roti,” demikian ciapan pelayar berkenaan di Twitter.

Menerusi perkongsian tersebut juga, pelayar berkenaan berkongsi nota yang dipercayai ditulis oleh staf restoran berkenaan, memaklumkan situasi yang berlaku.

“Kentang dan wedges habis stok. Semua KFC. Sorry.

“Tukar kepada Black Sesame Ball. Next time boleh choose (pilih) mashed (kentang lenyek) atau nugget,” demikian tertera mesej yang ditulis pada dua helaian kertas bersama pesanan yang dikirim.

kfc 3

Tangkapan skrin (screenshot) menunjukkan pelanggan berkenaan sudah dua kali membuat pesanan yang sama sebelum ini, namun tetap diberi item yang salah.

Berdasarkan paparan tangkapan skrin (screenshot) yang dimuat naik, pelayar itu dipercayai membuat pesanan menerusi perkhidmatan Foodpanda dari sebuah cawangan KFC di Kuala Lumpur.

Menurut pelayar berkenaan, dia meluahkan rasa kecewa kerana restoran berkenaan gagal mengemukakan maklumat tepat untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan.

kfc 1

Perkongsian pelanggan berkenaan di laman Twitter.

“Tengok KFC cawangan lain, kalau benda tu contohnya tak ada stock ke apa, dia tak akan letak (dalam menu),” tulisnya.

Bukan sahaja kerana kecewa akibat menerima menu yang berbeza, apa yang membuatkan pelayar tersebut bertambah ‘bengang’ adalah kerana laporan atau aduan yang dihantar kepada Foodpanda juga seolah-olah tidak membantu.

Beli ayam, hanya kepak ayam je yang ada (padahal) siang lagi tu. Pukul 12 tengah hari dah tak ada selection part ayam dah.

NETIZEN

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pelayar berkenaan meluahkan kekecewaan kerana mereka turut mengalami insiden burvk apabila membuat pesanan di restoran sama.

“Beli ayam, hanya kepak ayam je yang ada (padahal) siang lagi tu. Pukul 12 tengah hari dah tak ada selection part ayam dah.

kfc 4

Tangkapan skrin di mana pelanggan berkenaan membuat aduan kepada Foodpanda.

“Boikot je la. Jual ayam tapi takde ayam,” demikian antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

Tambah warganet, perkara sedemikian wajar diviralkan sebagai pengajaran kepada restoran berkenaan agar mengambil maklum aduan pelanggan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DW

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariWanita

Sumber: https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2022/03/09/kfc-kena-serang-lagi-pelanggan-bengang-staf-tulis-nota-pandai-pandai-ganti-menu-habis-stok-tak-update-aplikasi?fbclid=IwAR3ghsskk2CB7sTy93WHf2grNT1nFfockEu64cd-nuVqjYsDK5by2E3sQlI